Tentang Kami

KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH SDN. BHD.

Kilauan Emas Mengelip Mata

Secoret Kata

Haji Shaiful Bin Haji Shukri

C.e.o Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd

Alhamdulillah, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat para penyokong dan pelanggan Kedai Emas Hajjah Halijah. Terima kasih kerana mempercayai Kedai Emas Hajjah Halijah dan menjadikan ia sebagai pilihan No. 1 di hati anda! Saya wakil dari Kedai Emas Hajjah Halijah sentiasa mencuba untuk memberikan segalanya yang terbaik untuk anda baik dari segi Design, Kualiti, mahupun Nilai Ketepatan Emas yang dipromosikan oleh kedai kami. Akhir kata, teruslah setia menyokong Kedai Emas Hajjah Halijah dan nantikan lebih banyak design yang menarik yang bakal kami persembahkan buat anda! “KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI”. Terima Kasih.

VISI

Menjelang tahun 2020, Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd. akan meluaskan cawangan ke setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan terkenal di seluruh Malaysia.

MISI

Memastikan pengeluaran barang kemas berjalan dengan lancardan tepat pada masanya

Mempelbagaikan rekaan mengikut trend terkini pelanggan.

Mengeratkan kerjasama diantara pengeluar diluar negara dan syarikat.

Mengkaji peluang pasaran barangan syarikat berbanding pesaing di serata Malaysia.

Memupuk semangat berpasukan dan memperkukuhkan hubungan antara pekerja dan pelanggan.

Sejarah

Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada tahun 1992 di Jitra, Kedah dibawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 576459-M. Pada 2002 cawangan Kedai Emas Hajjah Halijah dibuka di Sungai Petani, Kedah, disusuli cawangan Kangar, Perlis pada tahun 2003 dan seterusnya cawangan Alor Setar, kedah pada tahun 2012.

 Kedai Emas Hajjah Halijah sangat berpengalaman dalam bidang jual beli barangan kemas, dinar, gold bar dan khidmat nasihat berkaitan penyimpanan emas. Kepakaran Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd. adalah membantu para wanita kelihatan cantik dengan rekaan emas yang eksklusif. Kami komited dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik bagi memuaskan hati pelanggan kesayangan kami. Kami akan memastikan kualiti produk yang terbaik dari kedai kami demi menjamin kualiti setiap barang yang dibeli pelanggan. Dalam meneruskan legasi Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd, pelbagai rancangan telah dirangka bagi mencapai MISI dan VISI dan terus konsisten menjadi pilihan hati pelanggan.

Dalam usia 26 tahun Kedai Emas Hajjah Halijah juga bergerak seiring dengan kemajuan kemajuan teknologi dengan mengambil pendekatan jualan dan perhubungan awam secara atas talian. Ini akan memudahkan orang ramai untuk berhubung secara terus dan mendapatkan informasi terbaru termasuk lah promosi semasa yang dijalankan

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI?

Kedai Emas Hajjah Halijah sudah berkecimpung dalam dunia emas selama 28 tahun. Selama tempoh itu, secara tidak langsung Kedai Emas Hajjah Halijah sudah menjadi pakar dalam bidang emas.

Berbekalkan pengalaman itu, kami dapat membantu anda untuk mendapatkan
barangan yang tepat mengikut citarasa anda.

Kedai Emas Hajjah Halijah yang sudah berpengalaman dalam bidang emas ini sentiasa menyajikan kualiti emas yang terbaik.

Menerima emas daripada kilang-kilang emas yang sudah bekerjasama sejak sekian lama dimana kualitinya diperakui.

Kedai Emas Hajjah Halijah sentiasa menampilkan design yang up-to-date dan eksklusif sesuai dengan design perkembangan semasa.

Setiap bulan, Kedai Emas Hajjah Halijah akan “Launching A New Design” dimana anda hanya boleh mendapatkan design ini di Kedai Emas Hajjah Halijah sahaja.

Harga yang ditawarkan oleh Kedai Emas Hajjah Halijah jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran. 

Kedai Emas Hajjah Halijah mengamalkan sistem “Negotiation Price” di mana pihak pembeli boleh meminta pengurangan harga sesuai dengan barangan yang dibeli.

Sesuai dengan nama yang diberi, Kedai Emas Hajjah Halijah mengikut ajaran Islam untuk mempraktikkan lafaz akad jual dan beli setelah selesai urusan perniagaan.

Jadi buat para pelanggan yang ingin berkungjung ke Kedai Emas Hajjah Halijah tidak perlu risau kerana pihak kami menekankan sistem akad jual dan beli dimana memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Kedai Emas Hajjah Halijah mempunyai sistem yang lengkap dimana resit jualan anda akan mempunyai maklumat yang lengkap seperti jenis barang, berat barang, harga segram, upah barang dan jumlah harga barang yang dibeli. 

Dengan adanya resit jualan yang lengkap, para pelanggan dapat merujuk kembali pembelian mereka dan kes penipuan antara penjual dan pembeli dapat dielakkan.

Kedai Emas Hajjah Halijah menawarkan nilai trade in yang tinggi dimana kadar susut nilainya hanyalah 10% – 15% sahaja mengikut promosi yang dijalankan. 

Jadi, para pelanggan yang ingin menukar barang lama ke barang baru dapatlah berjimat kerana barangan baru juga ditawarkan dengan harga yang rendah.

Sesuai dengan Moto Pegangan, “KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI”, Kedai Emas Hajjah Halijah sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan kesayangan kami baik dari segi layanan, perkhidmatan mahupun
suasana kedai.


Kedai Emas Hajjah Halijah juga menyediakan “juadah cuci mulut” untuk pelanggan sementara menunggu urus niaga pembelian selesai.


Rata-rata pelanggan yang berkunjung ke sini pasti akan datang lagi kerana berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pihak Kedai Emas Hajjah Halijah.

Selain berpengalaman dalam bidang emas dan mementingkan penampilan yang kemas, staff di Kedai Emas Hajjah Halijah juga peramah semuanya.

Para pelanggan boleh menanyakan pendapat staff dan pastinya staff akan membantu anda untuk anda mendapatkan barangan yang sesuai dengan kehendak anda

Semasa dalam proses pembelian atau pemilihan barang, pihak Kedai Emas Hajjah Halijah juga akan berkongsi ilmu tentang emas.

Hal ini demikian kerana pihak kami tidak mahu anda tertipu dengan segeintir pihak yang menawarkan emas dengan harga yang murah namun kualiti sangat tidak memuaskan.

Di samping itu juga, pihak kami akan menerangkan barangan yang dipilih sesuai dengan kehendak pelanggan mahupun tidak.

Contohnya seperti tahan lasak, boleh dipakai harian, kosong mahupun padat.

Pihak Kedai Emas Hajjah Halijah tidak mengenakan cukai 6% GST.

Bebas GST

Sebagai pembeli, apabila anda ingin membeli emas, pastikan emas itu senang untuk dijual semula kepada kedai tersebut.

Kedai Emas Hajjah Halijah bersedia untuk membeli semula barang emas
daripada pelanggan jika pelanggan ingin menjual walaupun barang tersebut tidak berada pada bentuk yang asal seperti patah, kemek, rosak, bengkok mahupun calar.

Apabila anda menjadi salah seorang pelanggan Kedai Emas Hajjah Halijah,
semestinya pihak kami akan “follow up” anda.

Ini adalah kerana kami ingin memastikan barangan yang dibeli tidak mepunyai sebarang masalah dan anda berpuas hati dengan layanan serta barangan di Kedai Emas Hajjah Halijah meskipun anda sudah berada di kediaman anda.

Kedai Emas Hajjah Halijah bukan sahaja mempunyai 4 cawangan kedai yang boleh dikunjungi, malah mempunyai medium pembelian atas talian (ONLINE) buat para pelanggan yang berada jauh dari utara tanah air.

Pelanggan online Kedai Emas Hajjah Halijah terdiri dari serata negeri di Malaysia terutamanya dari Selangor, Melaka, Johor Baru, Perak dan Terengganu.

Jadi buat anda yang masih tercari-cari emas berkualiti dengan harga yang terbaik, APA TUNGGU LAGI? KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH LAH JAWAPANNYA. SEKARANG INI PEMBELIAN HANYA DI HUJUNG JARI SAHAJA!

 

Selain menawarkan hadiah yang menarik, pihak Kedai Emas Hajjah Halijah juga menawarkan emas secara percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian secara minimum (terkandung di dalam syarat pembelian).

Emas yang pihak kami tawarkan berupa jongkong emas iaitu emas 999.9.

Jadi, sambil anda membeli, anda boleh menyimpan! Untung bukan?